Perakam Suara
Klik butang untuk memulakan rakaman...
Maklumat lebih lanjut mengenai perakam suara dalam talian ini
Apakah kegunaan aplikasi ini?
Ini adalah perakam suara dalam talian yang mesra pengguna dan mudah digunakan. Fungsi jeda dan rakam yang pantas dapat memberikan anda cara yang mudah untuk berehat dan kembali semula ke rakaman anda.
Berikut disertakan beberapa idea bagaimana anda boleh gunakan perakam suara ini:
- Audio siar
- Transkripsi temu ramah
- Sesi bermain alat muzik
- Perakam panggilan
- Memo suara untuk diri sendiri
- Kesan bunyi
- Latihan menyanyi
- Naratif untuk video Youtube
- Nota suara kepada rakan atau keluarga
Apakah ciri utama perakam ini?
Ia merekodkan apa sahaja yang anda inginkan, dengan keupayaan editor audio yang ringan (berhenti dan mulakan rakaman anda, memangkas bunyi yang anda inginkan) dan membolehkan anda berkongsi dengan mudah kepada sesiapa sahaja yang anda inginkan.
Apakah rakaman terpanjang yang boleh saya lakukan?
Perakam ini boleh berjalan sehingga 2 jam pada satu masa. Jika anda kehabisan masa, hanya muat turun rakaman pertama dan mulakan rakaman baru. Anda boleh memulakan rakaman baru seberapa banyak yang anda mahu.
Berapa lama fail saya akan kekal dalam talian?
Perakam suara ini akan menyimpan fail anda dalam talian selama 7 hard, kemudian ia akan dipadamkan secara automatik. Jika anda merekodkan sesuatu yang penting, pastikan anda menyimpannya sebelum tempoh itu tamat.
Apa yang terjadi sekiranya saya klik pada ikon tong sampah?
Jika anda klik pada ikon tong sampah, fail akan dipadamkan dari storan awan dan ia tidak akan dapat diakses lagi. Anda kemudiannya akan diarahkan untuk mula semula merakam yang baru jika anda mahu. Semua fail akan dipadam secara automatik dalam masa 7 hari dari tarikh ia dibuat.
Bagaimana ujian ini berfungsi, dari mana rakaman itu datang?
Perakam ini menangkap audio dari mikrofon telefon atau fon kepala anda (jika anda menggunakan telefon) atau dari apa jua mikrofon yang ditetapkan dalam sistem operasi anda (jika anda menggunakan komputer atau tablet).
Fail jenis apakah yang disimpan?
Jika anda pilih untuk memuat turun rakaman anda, ia akan dimuat turun dalam fail berkualiti tinggi jenis mp3 (320 kbps). Ini untuk memastikan bunyi yang sangat jelas dapat dirakam sambil mengekalkan saiz fail yang agak kecil dan membenarkan keserasian dengan hampir setiap pemain media di luar sana.
Mengapa memilih perakam audio kami?
- Perkongsian awan yang mudah: alat kami menyimpan fail anda selama 7 hari dalam storan awan, jadi anda boleh berkongsi secara mudah dengan hanya dengan mengongsikan alamat web dengan seseorang. Jangan risau, fail audio anda akan kekal peribadi sepenuhnya untuk 7 hari ini dan akan dipadamkan secara automatik selepasnya.
- Fungsi 'jeda dan rekod' yang mudah bagi membolehkan anda berehat semasa anda merakam dan kemudian menyambung semula tanpa memerlukan apa-apa jenis penyuntingan sehingga anda selesai.
- Rakaman suara yang berkualiti: apa sahaja yang anda rakam akan disimpan dalam kualiti tertinggi - tetapi masih ringan - fail mp3 320 kbps.
- Perlindungan bunyi latar belakang - supaya bunyi anda akan keluar dengan cantik dan bersih.
- Percuma sepenuhnya -rekod seberapa banyak yang anda suka.
- Teknologi OnlineMicTest: Kami sangat mengenali ciri-ciri mikrofon dan telah bekerja dalam bidang ini selama bertahun-tahun - jadi anda boleh berasa yakin yang perakam suara kami akan mendapatkan yang terbaik daripada anda.
- Warna dan reka bentuk OnlineMicTest: kami fikir ia cukup bagus, tetapi kami mungkin berat sebelah.
- Fungsi main semula yang mudah: hanya simpan alamat halaman dari ikon perkongsian atau kod QR.
Bagaimana untuk mendapatkan kualiti bunyi yang baik pada perakam suara tanpa persekitaran studio profesional?
Berikut ada beberapa tip untuk mendapatkan kualiti audio yang lebih baik apabila anda merakam suara atau instrumen anda:
- Rekod bunyi di tempat yang sunyi, dengan bunyi luar yang minimum.
- Elakkan gema: bilik dengan permaidani, selimut dan perabot lembut menyerap gelombang bunyi dengan lebih baik dan akan mengurangkan gema yang datang dari permukaan keras yang terdapat di sekeliling.
- Juga, ruang yang kecil kurang bergema berbanding ruang yang lebih besar. Anda kadangkala akan menerima nasihat untuk membuat rakaman anda di dalam kabinet atau almari: ruang kecil dengan banyak fabrik lembut di sekelilingnya.
- Jika boleh, melaburlah dalam mikrofon yang baik. Ini akan memberikan perbezaan yang besar.
- Gunakan penapis pop pada mikrofon anda untuk mengelakkan bunyi letupan yang datang dari sebutan konsonan.
- Eksperimen dengan kelantangan atau kekuatan bunyi dalam tetapan sistem operasi anda untuk mencari apa yang paling sesuai untuk rakaman anda. Jika Terlalu rendah beberapa bunyi mungkin tidak keluar dengan jelas. Jika Terlalu tinggi, bunyi akan mudah dikesan kerana ia akan mencipta herotan dalam bunyi.
- Apabila merakam suara, letakkan kedudukan mikrofon berhampiran dengan mulut anda. Disyorkan dalam jarak 4-6 inci (10-15 sentimeter).
- Latihan yang kerap akan menjadikannya sempurna. Teruskan merakam dan memainkan semula rakaman anda dan anda akan mempelajari keadaan yang dapat memberikan rakaman terbaik daripada persekitaran, peralatan dan suara anda.
Ada ciri-ciri yang ingin dicadangkan?
Pembangun kami bebesar hati untuk menerimanya. Hubungi kami.