Pengesan Pic
Privasi anda adalah penting bagi kami
Semua ujian kami dijalankan hanya pada "sisi pelanggan" - yang bermaksud bahawa kami tidak dapat dan tidak boleh merakam suara anda atau apa-apa maklumat lain.
Mula Mengesan Pic Dengan Mudah.
- 1Klik butang Main (Play button).
- 2Klik “benarkan” jika anda melihat soalan dalam penyemak imbas yang bertanya sama ada halaman ini boleh menggunakan mikrofon anda.
- 3Sekarang, anda seharusnya dapat melihat beberapa alat yang bertindak balas terhadap bunyi dari suara atau instrumen anda.
- 4Alat ini sedia untuk digunakan!
Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:
- Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
- Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
- Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
- Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
Lebih Lanjut Mengenai Halaman Ini:
Apa itu Pic?
Pitch boleh dianggap sebagai kedudukan mana-mana bunyi tertentu dalam keseluruhan julat bunyi.
Kita boleh menganggap satu hujung julat bunyi sebagai apa yang kita panggil bunyi bernada tinggi (contohnya seperti wisel anjing) dan hujung yang satu lagi sebagai bunyi bernada rendah (seperti hon bot). Bunyi pic tinggi mempunyai frekuensi yang tinggi, dan bunyi pic rendah mempunyai frekuensi yang rendah. Untuk mendengar bunyi bagi frekuensi yang berbeza, pergi ke halaman Penjana Nada.
Untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan frekuensi, bayangkan jika gelombang bunyi dapat dilihat. Semakin tinggi kekerapan gelombang, semakin berkurang masa yang diambil bagi puncak-puncak gelombang untuk melepasi satu titik statik. Semakin rendah kekerapan gelombang, semakin banyak masa yang akan diambil bagi puncak-puncak gelombang untuk melepasi titik tertentu.
Bayangkan bunyi frekuensi tinggi sebagai riak yang disebabkan oleh batu besar yang dijatuhkan ke dalam tasik, dan frekuensi rendah berbunyi seperti ombak besar dan perlahan yang disebabkan oleh pergerakan kapal.
Bagaimanakah Pengesan Pic ini berfungsi?
Mikrofon anda akan mengesan bunyi dari suara atau instrumen anda, dan kemudian menukar bunyi tersebut kepada isyarat elektrik. Isyarat itu kemudiannya akan ditafsirkan oleh perkakas kami dan frekuensi bunyi tersebut akan dinterpretasikan dan dipaparkan bersama dengan not muzik yang sepadan.
*Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua yang berlaku hanyalah berlaku dalam komputer anda, bermakna tiada maklumat yang dihantar ke pelayan kami.*
Instrumen apakah yang sesuai dengan pengesan pic ini?
Alat pengesan pic kami dapat berfungsi dengan kebanyakan instrumen dan vokal. Jika anda lebih suka dengan cara ini, kami juga mempunyai penala untuk instrumen tertentu.
Untuk penalaan gitar anda boleh menggunakan senarai not dan frekuensi di bawah untuk setiap tali gitar bermula dengan tali paling tebal hingga ternipis.
- E (E2) - 82 Hz
- A (A2) - 110 Hz
- D (D3) - 147 Hz
- G (G3) - 196 Hz
- B (B3) - 247 Hz
- E (E4) - 330 Hz
Atau untuk violin anda boleh merujuk kepada senarai not dan frekuensi di bawah:
- E (E5) - 659 Hz
- A (A4) - 440 Hz
- D (D4) - 293.6 Hz
- G (G3) - 196 Hz