Perakam Suara Dalam Talian (Dictaphone)

Pin
00:00

Alat apakah ini?

  • Dictaphone' atau perakam suara ialah perakam kaset yang digunakan oleh para profesional dan mereka yang kreatif - terutamanya pada dekad akhir abad ke-20 - untuk merakam nota suara untuk diri mereka.
  • Dengan kemunculan telefon pintar - yang boleh merakam memo suara dengan mudah, dan sentiasa berada dalam poket kita sepanjang masa - adalah sangat jarang sekali untuk kita lihat 'dictaphone' lagi sekarang. Namun, kami masih merasa nostalgia dengan perakam kaset kecil yang comel itu, jadi kami mencipta versi dalam taliannya untuk anda gunakan.
  • Dictaphone dalam talian ini boleh melakukan perkara yang perakam fizikal lama anda tidak boleh lakukan, seperti menukar kata-kata anda menjadi teks.

    Untuk mula menggunakan alat ini, hanya klik butang “REC” dan suara anda akan mula dirakam serta kata-kata anda akan dipaparkan di skrin. Kemudian klik butang berhenti berbentuk petak untuk menyelesaikan rakaman anda.

    Jika mikrofon anda kelihatan tidak mengesan bunyi, (cth. anda tidak melihat sebarang gelombang bunyi dan kata-kata yang anda sebut tidak muncul di skrin), anda boleh uji di sini.

    Apa yang boleh saya buat dengan 'dictaphone' ini? Berikut adalah beberapa idea:

    Rakaman Temubual

    Dengan 'dictaphone' dalam talian ini, anda boleh merakam temubual dan mendapatkan kedua-dua fail audio dan transkripsi teks di hujungnya, yang mana ia menjimatkan masa dan mengurangkan kesusahan untuk menyalin semuanya.

    Kuliah Universiti

    Bergantung pada gaya pembelajaran anda, atau jika anda mempunyai disleksia atau ADHD, anda mungkin mendapati lebih mudah untuk mengatur fikiran anda menggunakan 'dictaphone' daripada menulis semuanya. Anda boleh menggunakan fungsi teks-ke-ucapan yang ada dalam 'dictaphone' kami semasa ceramah atau kuliah di kolej, ini lebih mudah daripada mengambil nota dan ini juga bermakna anda boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh profesor anda tanpa perlu bimbang tentang ejaan atau menulisnya semula.

    Nota Suara atau Teks untuk Diri Anda

    Sering kehilangan senarai tugasan anda? Letakkan pintasan ke halaman dictaphone kami di skrin utama telefon bimbit atau desktop komputer anda supaya anda boleh mengaksesnya dengan satu klik pada bila-bila masa anda mempunyai idea yang perlu dicatat - dan rakamkannya untuk diingati kemudian. Ini akan menjadi lebih mudah disimpan berbanding nota 'post-it!'

    Rakam Ulasan

    Rakamkan pemikiran anda tentang sesuatu acara yang anda tonton dari rumah atau secara langsung semasa ia berlaku. Anda boleh mula merakam pada masa yang sama apabila acara bermula supaya anda boleh menyunting suara anda di atas aliran video dengan mudah, kemudian lapiskan fail audio di atas video anda untuk menghasilkan suara latar bagi video anda.

    Berlatih Sebutan dalam Bahasa Baru

    Salah satu bahagian paling sukar dalam mempelajari bahasa baru ialah untuk mendapatkan sebutan yang betul. 'Dictaphone' kami menyokong 14 bahasa/loghat, dan sekiranya bahasa sasaran anda disertakan, mengapa tidak anda cuba gunakan 'dictaphone' kami ini untuk menguji sebutan anda! Hanya pilih bahasa anda daripada menu dropdown, tekan butang rakam dan lihat sama ada alat itu mengenali perkataan anda.

    Rakam Minit Mesyuarat

    Gunakan alat ini untuk merekod minit mesyuarat anda dan kurangkan tekanan yang diperlukan untuk mencatat nota. Fungsi pertuturan ke teks yang disertakan dengan 'dictaphone' kami bermakna tiada siapa yang perlu risau untuk menjadi pencatat nota dan semua orang boleh hadir sepenuhnya dan terlibat dalam mesyuarat.

    Lebih banyak idea

    • Latih diksi dan unjuran suara anda sebelum pembentangan atau persembahan. Usahakan untuk mengurangkan penggunaan perkataan pengisi contohnya 'lah' dan 'uh'.
    • Rakam perbualan dengan datuk atau nenek tentang kenangan mereka dan buat memoir audio untuk keluarga anda.
    • Rekod diri anda membaca cerita sebelum tidur dan buat buku audio untuk anak anda dengar semasa ketiadaan anda.
    • Rekod tanggapan deria awal dan bunyi khas semasa melancong atau meneroka tempat baru, dan edit kesemua ini bersama-sama untuk mencipta lanskap bunyi yang unik, seumpama seperti poskad audio atau kapsul masa tentang pengembaraan anda.