Kamera Web Windows 10 Tidak Berfungsi

Cari penyelesaian yang sesuai dengan situasi anda di bawah dan klik, atau pergi satu demi satu sehingga anda menemui penyelesaian yang terbaik buat anda.

Dikemas kini pada Januari 8, 2024

Kongsikan:

Kamera web menjadi semakin penting dalam kehidupan seharian, terutamanya dengan peningkatan mesyuarat dalam talian, kerja dari rumah dan kelas. Itulah sebabnya mengapa keadaan boleh menjadi sangat kritikal (dan menjengkelkan) jika kamera web anda berhenti berfungsi.


Terdapat dua jenis kamera web: kamera terbina dalam yang disertakan dengan hampir setiap komputer riba pada masa kini dan kamera web USB luaran yang boleh anda beli secara berasingan dan disambungkan ke komputer atau komputer riba anda untuk lebih fleksibiliti dan resolusi yang lebih tinggi. Isunya hampir sama untuk kedua-dua jenis, tetapi kami menambah beberapa lagi petua untuk yang luar pada akhir artikel, jadi pastikan anda menyemaknya jika itu jenis yang anda ada.

Isu kamera web yang dihadapi boleh berbeza dari satu situasi ke situasi yang lain. Ia mungkin tidak berfungsi hanya dalam beberapa aplikasi, atau mungkin ia tidak berfungsi sama sekali. Walau apa pun isunya, ikuti artikel kami dan kami pasti anda akan dapat membetulkan apa sahaja isu yang dihadapi supaya anda boleh kembali menggunakan webcam anda.

Langkah 1: Periksa penutup atau gelangsar yang menutupi kamera

Sesetengah kamera web terbina dalam dan kamera luaran juga disertakan dengan penutup atau peluncur. Menutup penutup ini kadang-kadang bukan sahaja menghitamkan pandangan, malah ia boleh memutuskan sepenuhnya sambungan kamera web dari komputer anda. Ini sememangnya cara terbaik untuk melindungi privasi dan keselamatan terhadap penggodaman, tetapi ramai pengguna terlupa akan perkara ini apabila mereka mempunyai masalah dengan kamera web.

Langkah 2: Semak keizinan aplikasi (apps permissions) anda

Beberapa tahun yang lalu, Microsoft memperkenalkan satu jenis kemas kini di mana terdapat pilihan tambahan bagi membolehkan apl mengakses kamera dan mikrofon anda atau menafikannya daripada berbuat demikian. Selepas kemas kini berlaku, keadaan lalai untuk pilihan ini “Ditutupkan”. Jadi, mari kita semak dan dayakan kebenaran yang diperlukan:

Pergi ke Mula > Tetapan > Privasi > Kamera (Start > Settings > Privacy > Camera)

Klik butang “Ubah” (Change) di bahagian pertama dan pastikan ia ditetapkan kepada “Hidup” (On), ini merupakan langkah asas untuk mengaktifkan kamera.

Sekarang, dalam “Benarkan apl untuk mengakses kamera anda” (Allow apps to access your camera) pastikan butang togol ditetapkan kepada “Hidup” (On) dan kemudian anda boleh menyesuaikan akses untuk setiap apl dalam senarai.

Langkah 3: Undur pemacu Kamera Web anda

Jika kebenaran (permissions) telah ditetapkan dengan cara yang betul, maka kemungkinan ini adalah isu pemacu.

Pertama sekali, kita akan cuba untuk undur pemacu, ini bermakna kita akan undur satu langkah ke belakang iaitu sebelum perubahan atau kemas kini terakhir berlaku kepada kamera web, yang mungkin menyebabkan masalah. Sila ambil perhatian bahawa opsyen ini mungkin tidak tersedia untuk anda sekiranya anda tidak mempunyai sejarah kemas kini untuk kamera web anda. Jika ya, jangan risau dan langkau ke Langkah 4.

Berikut ialah cara untuk undur semula pemacu:

Dalam menu mula, taipkan "pengurus peranti" (device manager) dan pilih ini daripada hasil carian.

Kembangkan "Pengimejan peranti (Imaging devices)", " Kawalan Bunyi, video dan permainan (Sound, video and game controllers) " atau "kamera", dan cari kamera web anda dalam seksyen ini.

Sebaik sahaja anda menemui kamera web anda, klik kanan padanya dan kemudian klik "Ciri" (Properties).

Dalam tab "Pemacu (Driver)", klik butang " Undur Pemacu (Roll Back Driver)”.

Pilih alasan yang sesuai untuk anda, mungkin yang kedua: “Versi pemacu sebelum ini berfungsi dengan lebih baik (Previous version of the driver performed better)” Kemudian klik "Ya".

Sebaik sahaja pengunduran pemacu selesai, but semula komputer anda dan periksa jika versi pemandu sebelumnya kembali bekerja.

Langkah 4: Pasang semula pemacu kamera web

Jika pilihan undur pemacu tidak tersedia atau tidak berfungsi, pilihan seterusnya adalah untuk menyahpasang sepenuhnya pemacu, keluarkan peranti, dan kemudian but semula komputer. Perkara yang baik tentang ini adalah Windows 10 dapat mengimbas perkakasan setiap kali komputer dibut semula dan memasang kembali pemacu asas yang hilang secara automatik, iaitu dalam kes kita adalah kamera web.

Dalam menu mula (start menu), taipkan "pengurus peranti (device manager)" dan pilihnya daripada hasil carian.

Kembangkan "Pengimejan peranti (Imaging devices)", " Kawalan bunyi, video dan permainan (Sound, video and game controllers) " atau "kamera (camera)", dan cari kamera web anda dalam seksyen ini.

Sebaik sahaja anda menemui kamera web anda, klik kanan padanya dan kemudian klik “Nyahpasang peranti (Uninstall device)”

Tanda “ Padam perisian pemacu untuk peranti ini (Delete the driver software for this device)” pada kotak semak dan kemudian klik "Nyahpasang (Uninstall)"

Sebaik sahaja pemacu anda dinyahpasang, but semula komputer anda, dan lihat jika kamera dapat dihidupkan kembali

Sila lakukan Langkah 2 sekali lagi selepas memasang semula pemacu kamera web anda dan ingat bahawa tetapan lalai boleh menghalang komputer anda daripada mengakses kamera web.

Langkah 5: Muat turun dan pasang pemacu rasmi

Pada beberapa tahun terdahulu, komputer riba, kamera web dan perkakasan lain disertakan sekali dengan CD yang dimuatkan dengan pemacu yang diperlukan bagi membolehkannya berfungsi dengan baik. Pada masa kini, ia berbeza sama sekali. Kebanyakan peranti kini adalah dari jenis “Palam dan Main (Plug and Play)”, dan anda tidak perlu memasang sebarang pemacu pada mulanya untuk alatan ini berfungsi. Namun, sesetengah perkakasan seperti kamera web perlu dipasang dengan sempurna untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kestabilan yang lebih baik. Oleh itu, adalah disyorkan untuk memasang pemacu bagi perkakasan ini secara manual.

Jika ia adalah kamera web komputer riba terbina dalam, anda boleh sentiasa pergi ke laman web rasmi pengeluar komputer riba anda dan memuat turun pemacu kamera web dan kemudian memasangnya secara manual. Sama seperti kamera web USB luaran, anda berkemungkinan besar akan menemui pemacu untuknya di laman web pengeluar kamera web.

Langkah 6: Periksa perisian antivirus anda

Banyak perisian anti-virus sangat tegas terhadap akses kamera web atau mikrofon komputer , walaupun anda telah memberikan kebenaran dari tetapan Windows, kadang-kadang anda masih boleh terus disekat. Jadi adalah amat disyorkan agar anda menyemak tetapan antivirus anda, melumpuhkannya sementara, dan melihat jika kamera web anda dapat berfungsi. Dalam kes ini, anda dapat kenal pasti dari mana datangnya isu tersebut dan menguruskan masalah bergantung pada perisian yang anda gunakan.

Langkah 7: Cara Kemas kini Windows 10

Memandangkan Windows 10 akan menjadi ' OS Microsoft’ selamanya, melakukan kemas kini versi Windows 10 menjadi semakin penting. Beberapa kemas kini utama akan menjadi sedramatik seperti menaik taraf Windows 8.1 kepada Windows 10. Kemas kini berterusan ini memberikan lebih keselamatan, ciri baharu dan membetulkan banyak pepijat perisian dan perkakasan yang dihadapi pengguna, seperti isu kamera web. Oleh itu, menjalankan kemaskini Windows adalah cara yang sangat baik untuk meminimumkan isu yang anda hadapi, iaitu dalam kes ini, kegagalan kamera web. Berikut adalah cara untuk kemas kini Windows 10:

Buka Tetapan (Settings) Windows dari menu mula.

Klik ikon Kemas Kini & Keselamatan (Update & Security) .

Klik butang Semak untuk kemaskini (Check for updates). Jika terdapat kemas kini, pastikan ia dimuat turun dan dipasang.

Langkah 8: Mencarisilapan (Troubleshoot) kamera web USB luaran

Jika anda menggunakan kamera web USB luaran dan anda menghadapi masalah dengannya, terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya menentukan sumber masalah. Berikut ada beberapa tip yang boleh diikuti:
-Cuba gunakan port USB yang berbeza, terutamanya jika anda mempunyai port USB 2.0 dan USB 3.0, adalah lebih baik jika anda cuba kedua-duanya untuk melihat mana satu yang berfungsi dengan lebih baik bagi peranti anda.

-Uji kamera web yang sama pada komputer lain dan cuba gunakan kamera web lain pada komputer anda sendiri untuk menentukan sama ada kamera web rosak atau tidak.

Itu sahaja, terima kasih kerana membaca panduan ini hingga akhir, kami berharap ia dapat membantu anda dalam membuatkan kamera anda berfungsi dengan sempurna. Sebut Cheese!