Ujian Mikrofon

Pin

Mulakan ujian anda dengan mudah!

  • 1
    Klik punat 'main’.
  • 2
    Klik 'benarkan' jika anda lihat soalan di pelayar.
  • 3
    Sekarang garis harus bergerak semasa anda bercakap dengan mikrofon!

Sekiranya garis bertindak balas terhadap bunyi, itu bermaksud mikrofon anda berfungsi!

Ujian Mikrofon:

Waiting for microphone...

Privasi Anda Penting Untuk Kami

Semua ujian kami dijalankan di "pihak pelanggan" - yang bermaksud kami tidak dapat dan tidak boleh merakam suara anda atau maklumat lain.

Penjelasan Panjang

  • Sekiranya ini adalah kali pertama anda berkunjung pada halaman ini, pelayar anda akan bertanya samada anda ingin membenarkan laman web ini untuk mengakses mikrofon anda. Pilih Benarkan.

    * Pada komputer, soalan ini akan ditunjukkan di bar alamat yang terletak di bahagian atas skrin anda.

    * Pada peranti mudah alih, anda perlu skrol ke atas sehingga anda melihat soalan muncul.
  • Anda kemudian harus melihat garis bergerak di kawasan ujian di bawah perkataan Ujian mikrofon - setiap kali mikrofon anda "mendengar" sebarang bunyi. .
  • Sekiranya garis bergerak semasa anda bercakap dengan mikrofon , maka hasil ujian menunjukkan mikrofon anda berfungsi dan telah dikonfigurasi dengan betul!

Panduan Penyelesaian Masalah

  • Sekiranya anda tidak melihat sebarang garis setelah membenarkan akses ke mikrofon, cuba langkah-langkah berikut:

    Langkah 1. Dalam beberapa kes, anda tidak akan dapat melihat garis sekiranya tidak mengeluarkan suara yang agak kuat di atas mikrofon. Cuba lakukan perkara ini dan lihat samada garis muncul.

    Langkah 2. Muat semula halaman dan cuba lagi. Dalam kebanyakan kes, ini merupakan penyelesaiannya.

    Langkah 3. Sekiranya semua yang dilakukan tidak membantu, sila periksa samaada mikrofon anda telah disambungkan dengan betul.

  • Sekiranya anda melihat garis tetapi garis tidak bergerak, , boleh jadi mikrofon anda rosak (kemungkinan besar) atau ia idak dipasangkan dengan betul.

    Cuba langkah-langkah berikut untuk menyelesaikan masalah anda.

    Langkah 1. Pastikan mikrofon anda disambungkan ke soket yang betul (biasanya berwarna merah jambu) pada komputer anda. Sekiranya mikrofon mempunyai penyambung USB, pastikan ia disambungkan dengan betul ke soket USB (anda tidak akan menggunakan mikrofon merah jambu dalam kes ini).

    Langkah 2. Pastikan mikrofon anda tidak dibisukan - kadang-kadang mikrofon mempunyai butang bisu di atasnya atau pada wayar yang disambungkan kepadanya.

    Langkah 3. Periksa kelantangan mikrofon samada ia diturunkan sepenuhnya ke bawah.

Telah mencuba semua Langkah-langkah di atas dan masih tidak berjaya? Periksa tetapan dalam sistem operasi anda:
Mikrofon anda secara umumnya berfungsi tetapi tidak dalam beberapa program? Berikut adalah beberapa panduan khusus program:

Baca Ini Sekiranya Anda Ingin Ketahui Lebih Lanjut:

Apakah faedah menguji mikrofon saya dengan laman web ini?

Tidak kira sama ada anda menghadapi masalah dengan Zoom atau Skype, samada merakam sesuatu dengan atau menggunakan Discord -   kemudahan ujian mikrofon terbina dalam yang disediakan kebanyakan perkhidmatan-perkhidmatan ini adalah jauh dari sempurna.

Aplikasi seperti Zoom dan Skype direka khusus untuk berkomunikasi dan mereka menyediakan teras perkhidmatan mereka dengan baik, namun, apabila alatan ini bermasalah, mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini boleh menjadi mimpi buruk.

Di OnlineMicTest kami menyediakan cara yang paling mudah dan efektif untuk menguji mikrofon anda sehingga isu seperti sambungan mikrofon yang tidak betul dapat dikenalpasti dengan segera.

Masalah yang mungkin timbul apabila memeriksa mikrofon melalui perisian

Apa yang menjadi masalah apabila menjalankan ujian mikrofon menggunakan sesuatu perisian adalah apabila anda mengalami sesuatu isu seperti perisian tidak bertindakbalas dengan mikrofon, anda tidak memastikan sama ada masalah tersebut berpunca daripada perisian atau mikrofon.

Kelebihan ujian melalui penyemak imbas.

Dengan menggunakan perkhidmatan percuma di sini, mikrofon anda akan mencuba untuk berkomunikasi dengan penyemak imbas anda dan ini merupakan salah satu kaedah ujian yang paling jelas dan mudah.

Sekiranya anda mendapati bahawa mikrofon anda berfungsi dengan baik, seperti yang berlaku kepada kebanyakan orang, maka anda dengan yakin boleh menyatakan bahawa sebarang masalah yang anda hadapi adalah berkaitan dengan perisian yang tidak dapat mengesan bunyi yang masuk dengan betul.

Jadi apa yang perlu saya lakukan sekiranya mikrofon saya masih tidak berfungsi dalam beberapa program?

Sekiranya anda mengetahui di laman web ini bahawa mikrofon anda berfungsi tetapi masih menimbulkan masalah dalam beberapa perisian pihak ketiga, kami mencadangkan agar anda menghantar tiket sokongan atau mendapatkan bantuan tambahan dari pasukan sokongan untuk program tersebut. .

Sekiranya anda menyatakan dalam tiket tersebut bahawa mikrofon anda berfungsi di onlinemictest.com, mereka mungkin akan dapat mengenalpasti masalah dengan lebih cepat.