Penala Banjo
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menala banjo anda:
- 1Tekan 'Main' (Play).
- 2Jika ada tetingkap timbul yang meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon anda, klik 'Benarkan'.
- 3Petik tali yang dikehendaki dan putar pasaknya ke atas atau ke bawah sehingga bulatan kelabu sepadan dengan tali yang dikehendaki.
- 4Kemudian, petik tali sekali lagi dan laraskan pasak penala secara perlahan-lahan. Ulangi sehingga bulatan oren dan kelabu sepadan. Tali anda kini telah ditala.
- 5Teruskan menala tali anda yang lain sehingga kesemuanya berada dalam nada yang betul.
- 6Sekarang mainkan dengan sepenuh hati anda!
Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:
- Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
- Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
- Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
- Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
- Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.
Lebih Lanjut Mengenai Halaman Ini:
Latar belakang Banjo
Banjo ialah alat muzik bertali dari Amerika Utara yang berasal usul dari instrumen Afrika Barat, seperti Kora, iaitu pengetahuan yang dibawa oleh hamba-hamba abdi dari Afrika ke Amerika pada abad ke-17.
Banjo membentuk sebahagian daripada muzik tradisional awal bagi masyarakat Afrika Amerika, dan ia kemudiannya digunakan dalam pembangunan pelbagai jenis genre lain, terutamanya dalam muzik rakyat, negara, muzik Appalachian dan bluegrass.
Apakah jenis-jenis banjo yang wujud?
Banjo klasik dan kebanyakan banjo yang umum mempunyai lima tali, dengan tali ke-5 yang lebih pendek dan mempunyai nada atau pic tertinggi. Ia biasanya ditala dengan penalaan terbuka (open tuning) dan dimainkan dengan plektrum atau dipetik dengan jari untuk memberikannya bunyi " deting” yang tersendiri. Penalaan terbuka sesuai dengan banjo kerana ia adalah instrumen dron (iaitu not tetap yang sama boleh dimainkan sepanjang masa, biasanya pada tali paling atas).
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banjo enam tali juga menjadi semakin popular. Berbeza dengan banjo klasik yang mempunyai lima tali, banjo enam tali mempunyai leher gitar bertali enam yang dipasangkan pada alat muzik bluegrass atau badan banjo plektrum. Banjo jenis ini adalah lebih mudah untuk dimainkan bagi mereka yang biasa bermain gitar kerana mereka tidak perlu belajar teknik penjarian atau penalaan baru.
Terdapat juga banyak jenis banjo lain seperti banjo tenor, banjo bertali empat, dan banjolele. Sebaik sahaja anda telah menguasai yang klasik, apa kata anda cuba yang lain juga?!
Apakah jenis penalaan yang wujud bagi Benjo, dan untuk apakah ia digunakan?
Kebanyakan pemain banjo 5 tali menggunakan penalaan Open G (G4 D3 G3 B3 D4) sebagai penalaan standard mereka. Nama G terbuka atau Open G ini datangnya apabila anda memetik tali terbuka dalam penalaan ini, dan anda akan mendapat kord G tanpa perlu mengubah not lain.
Tetapi terdapat juga beberapa penalaan alternatif lain yang digemari oleh pemain banjo tenor 5 tali dan 4 tali kerana ia memberikan kualiti tonal yang unik kepada bunyi mereka. Berikut ialah beberapa contoh penalaan alternatif dan variasi yang biasa digunakan:
- Modal G (G, D, G, C, D) - Ini adalah salah satu penalaan banjo 5 tali yang biasa digunakan. Tali kedua ditala sehingga ke not C, iaitu hampir sama dengan penalaan G standard. Juga dikenali sebagai "Talaan Gunung Kecil (Mountain Minor Tuning" atau "Talaan Geriji (Sawmill Tuning)." Ia mempunyai aura retro di dalamnya dan sering digunakan untuk memainkan muzik rakyat.
- Penalaan Tenor Standard (Standard Tenor Tuning) (G, C, D, A) - Ini adalah penalaan banjo tenor yang standard. Kerana dentingannya yang menarik, penalaan ini menjadi popular di kalangan penghibur jazz.
- Penalaan Tenor Ireland (Irish Tenor Tuning) (G, D, A, E) - Penalaan ini juga berada dalam skala perlima tetapi dalam pic yang lebih rendah. Penalaan tenor Ireland ini popular kerana ia menyerupai biola Ireland. Untuk mengelak daripada mengganggu pic rendah, tali dengan ketegangan yang lebih tinggi dan pelarasan instrumen diperlukan.
- Penalaan Chicago (Chicago Tuning) (D, G, B, E)- Penalaan ini menyerupai empat tali teratas gitar jadi seseorang boleh menggunakan kord dan skala yang sama seperti gitar. Penalaan ini menawarkan nada yang mendalam dan kaya. Walau bagaimanapun, pengubahan muzik tertentu boleh menjadi masalah dalam penalaan ini.
- Penalaan adaptasi Jazz (Adapted Jazz Tuning) (D, A, E, B) - Penalaan ini adalah adaptasi daripada jazz yang juga lazim dalam muzik rakyat Ireland. Tali dikekalkan di bawah ketegangan yang tinggi, jadi ia boleh terputus dengan mudah. Tetapi ia tidak mempunyai hujung nada rendah seperti banjo lain.
Apakah jenis penalaan yang disokong oleh penala dalam talian ini?
Penala dalam talian kami menyokong kebanyakan penalaan bagi banjo 5-tali. Pilihan penalaan termasuk:
- Open G - g, D, G, B, D.
- Double C - g, C, G, C, D.
- G Sawmill - g, D, G, C, D.
- Drop C - g, C, G, B, D.
- Open D - f#, D, F#, A, D.
Apakah kaedah lain untuk menala banjo?
- Penala berasaskan mikrofon: Penala dalam talian kami adalah berasaskan mikrofon: iaitu ia dapat menangkap bunyi banjo atau instrumen lain dengan mikrofon dan kemudian menggunakan algoritma untuk mengira picnya. Penala berasaskan aplikasi dalam telefon mudah alih dan komputer riba juga menggunakan algoritma yang serupa. Ia adalah kaedah yang jelas dan mudah untuk menala banjo.
- Penala Fizikal berasaskan Getaran: Penala fizikal mengukur getaran yang dihasilkan oleh tali. Ia dipasang pada kepala banjo dan menggunakan penderia/ sensor piezo. Alat ini mempunyai paparan grafik kecil untuk membimbing anda semasa penalaan. Penala ini bagus untuk penghibur yang sering membuat persembahan langsung tetapi agak tidak berbaloi untuk latihan di rumah kerana harganya yang mahal.
- Melalui Telinga: Kaedah tradisional menala banjo adalah dengan telinga, tetapi ia memerlukan banyak latihan dan pendengaran melalui telinga. Bagi mereka yan baru mula bermain, ini mungkin agak mencabar. Oleh itu, bagi pemain baru, sebaiknya gunakan penala yang tepat untuk melatih telinga mereka mendengar pic yang betul.
Bagaimanakah saya boleh menala banjo saya dengan telinga?
Menala banjo anda dengan telinga ialah cara terbaik untuk memperbaiki kemahiran pendengaran muzik anda. Untuk panduan ini, kami mengandaikan anda menggunakan banjo 5 tali dalam penalaan G terbuka (Open G). Berikut adalah bagaimana anda boleh menala banjo anda dengan telinga:
- Pertama sekali, tala tali terendah (ke-4) menggunakan rujukan (samada penala dalam talian kami, garpu tala atau piano).
- Petik fret kelima bagi tali D (not G) dan tali G terbuka bersama-sama. Tala tali G sehingga ia bersalun dengan tali D.
- Sekarang petik fret keempat bagi tali G dan tali B terbuka bersama-sama, kemudian tala sewajarnya.
- Petik fret ketiga bagi tali B dan tali D terbuka bersama-sama, dan tala tali D.
- Akhir sekali, petik fret kelima tali D dan tali G terbuka (tali kelima) bersama-sama, dan talakannya.
Jika anda ingin menonton secara visual berkenaan kaedah penalaan ini, lihat video ini.
Apa yang perlu dilakukan jika saya tidak dapat membuatkan banjo saya berada dalam nada yang betul?
Setiap banjo diperbuat daripada kayu dan logam, dan ia mempunyai beberapa nat dan bol. Kedua-dua ini boleh longgar dari masa ke semasa dan dapat memberi kesan kepada kestabilan penalaan.
Penyebab yang paling biasa sekali kepada masalah ini ialah pasak penalaan, yang boleh menjadi longgar kerana haus dan lusuh. Untuk ini, hanya ketatkan skru yang memegang pasak penala.
Banjo juga boleh lari dari nada akibat perubahan suhu dan kelembapan. Kami mengesyorkan agar anda menyimpan banjo anda dengan cermat di dalam begnya apabila tidak digunakan untuk mengelakkan perubahan persekitaran yang drastik.
Tali yang usang juga boleh menyebabkan ketidakstabilan penalaan. Jika tali mula berkarat, anda harus menggantikannya dengan tali yang baru.
Dan jika semua yang disebutkan di atas gagal untuk membuatkan banjo anda dimainkan dalam nada yang betul, anda harus membawanya ke tukang membaiki alat instrumen bertali (luthier) profesional. Kami tidak mengesyorkan untuk anda membaikinya sendiri.