Penala Guitalele
Bagaimana untuk menggunakan penala ini
- 1Klik butang ‘Main’ yang berwarna jingga.
- 2Klik “benarkan” jika anda melihat soalan dalam penyemak imbas bertanya sama ada halaman ini boleh menggunakan mikrofon anda.
- 3Petik tali yang anda ingin tala, pada guitalele adalah menjadi amalan yang baik sekiranya anda mula memetik tali yang terendah iaitu tali A3 (tali paling tebal yang terhampir dengan anda sewaktu bermain).
- 4Putar pasak penalaan tali anda perlahan-lahan sambil memetik tali tersebut sehingga bulatan kelabu memaparkan not yang anda inginkan dan bulatan jingga bertindih dengan bulatan kelabu. Sekarang tali ini telah ditala!
- 5Sebaik sahaja anda memahami proses ini, tala kelima-lima tali yang lain supaya sepadan dengan not yang diperlukan, dengan menggunakan kaedah yang sama.
- 6Setelah anda menala kesemua tali anda, adalah menjadi satu amalan yang baik sekiranya anda dapat memeriksa semua tali sekali lagi kerana sesetengah tali boleh tergelincir semasa tali yang lain sedang ditala.
- 7Sekarang anda sudah bersedia untuk bermain guitalele anda!
Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:
- Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
- Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (iaitu bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) semak untuk memastikan ia telah disambungkan ke input port USB anda dengan kukuh.
- Sesetengah mikrofon mempunyai butang HIDUP(ON) / MATI (OFF). Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada HIDUP (ON).
- Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dengan sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, sila lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
- Anda boleh cuba menggunakan pelayar yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian ini mungkin tidak dapat berfungsi dalam Safari.
Ketahui lebih lanjut mengenai penalaan guitalele:
Apakah guitalele?
Guitalele ialah instrumen yang merupakan kacukan antara gitar dan ukelele Guitalele, atau ‘kīkū’ seperti yang disebut dalam bahasa Hawaii, merupakan satu instrumen hibrid yang menarik yang menggabungkan semua bunyi dan kord gitar klasik dengan kemudahalihan ukulele yang praktikal. Oleh itu, ia merupakan satu instrumen yang sesuai untuk dipelajari jika anda mempunyai ruang yang terhad, atau jika anda sedang menggembara atau jika anda mahukan instrumen mudah alih yang senang di bawa ke mana-mana sewaktu anda sedang dalam perjalanan.
Bolehkah anda bermain kord gitar pada guitalele?
Penalaan standard untuk guitalele ialah A3 D3 G3 C4 E4 A4 (dari tali terendah hingga tertinggi). Penalaan ini mengikut jeda yang sama seperti standard E pada gitar biasa tetapi dengan semua not diubah ke jeda ke-4.
Jika anda sudah mengetahui bentuk kord pada gitar dalam penalaan standard, anda boleh gunakan pengetahuan tersebut pada guitalele juga, ia akan berbunyi seperti anda bermain gitar dengan capo pada fret ke-5, jadi secara keseluruhan ia adalah instrumen yang cukup mudah untuk di dikuasai jika anda sudah tahu serba sedikit mengenai gitar.
Kami telah menetapkan penala kami kepada Penala Guitalele Standard kerana ini adalah penala yang paling banyak digunakan oleh pemain. Sudah tentu terdapat banyak jenis penalaan lain yang boleh anda gunakan selain daripada yang standard, dan untuk mencuba penalaan berbeza, anda boleh menggunakan Pengesan Pic (Pic Detector). Kami juga mempunyai beberapa penala bagi instrumen lain.
Apakah perbezaan antara guitalele dan gitar requinto?
Di negara-negara Amerika Latin seperti Ecuador dan Mexico terdapat satu jenis instrumen yang serupa dengan guitalele yang dipanggil requinto (iaitu perkataan Sepanyol yang digunakan untuk merujuk kepada instrumen yang mempunyai versi nada yang lebih tinggi).
Gitar Requinto biasanya lebih besar sedikit daripada guitalele, dengan panjang badan sekitar 53 cm berbanding guitalele yang hanya berukuran 43cm, disebabkan ini lah guitalele mempunyai unjuran dan resonan (gema) yang lebih dan selalunya boleh didapati sebagai sebahagian daripada gitar orkestra dan ‘trio romanticos’ yang bermain pasillos dan boleros. Gitar Requinto mengikut penalaan yang sama seperti guitalele, ditala ke-4 lebih tinggi daripada penalaan gitar standard, jadi anda boleh menggunakan alat ini untuk menala gitar requinto juga.