Penala Gitar
Berikut adalah beberapa arahan yang boleh diikuti jika anda tidak pasti apa yang perlu dilakukan:
- 1Klik butang Main (Play Button).
- 2Klik “benarkan” jika anda melihat soalan dalam penyemak imbas bertanya sama ada halaman ini boleh menggunakan mikrofon anda.
- 3Petik tali yang anda ingin tala, dan laraskan penalaan sehingga not dalam bulatan kelabu setala dengan tali yang anda ingin tala, jika ianya belum ditala.
- 4Kemudian, laraskan tombol pada kepala gitar anda yang memusingkan pasak dan tali yang berkaitan, dan petik tali sekali lagi. Lakukan ini sehingga bulatan oren sejajar dengan bulatan kelabu. Sekarang tali gitar ini telah ditala!
- 5Sekarang, memandangkan anda telah memahami prosesnya, tala tali- tali gitar anda yang lain.
- 6Selamat menala!
Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:
- Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
- Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
- Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
- Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
- Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.
Lebih Lanjut Mengenai Halaman Ini:
Bagaimana penala Gitar ini berfungsi?
Mikrofon anda akan mengesan bunyi dari suara atau instrumen anda, dan kemudian menukar bunyi tersebut kepada isyarat elektrik. Isyarat itu kemudiannya akan ditafsirkan oleh perkakas kami dan frekuensi bunyi tersebut akan dinterpretasikan dan dipaparkan bersama dengan not muzik yang sepadan. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, semua yang berlaku hanyalah berlaku dalam komputer anda, bermakna tiada maklumat dihantar ke pelayan kami
Bagaimana jika saya mahu menala gitar bes atau instrumen lain?
Rujuk senarai penala kami .
Bagaimana untuk menala dengan telinga?
Jika anda ingin melatih telinga anda semasa menala gitar, berikut adalah cara bagaimana anda boleh lakukannya:
- Tala tali E yang paling besar (atau tali keenam) menggunakan penala kami.
- Seterusnya, tekan tali keenam pada fret ke-5.
- Petik tali keenam, dan kemudian tali kelima. Jika pic tali kelima tidak sepadan dengan tali keenam, laraskan pasak penala tali kelima ke atas atau ke bawah, sehingga pic menjadi sepadan.
- Ulangi proses ini untuk menala tali ke-4, ke-3 dan ke-1.
- Untuk menala tali ke-2 (tali B), prosesnya adalah sama, kecuali anda menekan tali ke-3 pada fret ke-4, bukannya ke-5. Jika anda ingin melihat kaedah ini dalam bentuk visual, lihat video ini.
Adakah penting gitar mana yang saya gunakan?
Tidak, antara gitar klasik, akustik dan elektrik, walaupun kualiti bunyi gitar berubah, frekuensi utama tidak berubah. Semua gitar ditala secara lalai kepada EADGBE. Berikut adalah pic yang betul untuk setiap tali:
- E (E2) - 82 Hz
- A (A2) - 110 Hz
- D (D3) - 147 Hz
- G (G3) - 196 Hz
- B (B3) - 247 Hz
- E (E4) - 330 Hz
Bagaimana pula dengan penalaan alternatif?
Kami memilih untuk menumpukan alat ini bagi penalaan EADGBE lalai. Pemain gitar yang lebih professional boleh merujuk kepada Penala Gitar Alternatif untuk sebarang penalaan lain (dalam Bahasa Inggeris).
Walau bagaimanapun, beberapa penalaan alternatif boleh juga dilakukan dari sini.
Jika anda ingin mencuba dan bereksperimen dengan penalaan alternatif, Drop D ialah penalaan alternatif mudah dan selalu digunakan, yang boleh anda lakukan melalui beberapa cara:
- Anda boleh mulakan dengan memetik tali E iaitu tali yang paling besar (tali keenam) dan turunkan pic sehingga not dalam bulatan kelabu mempunyai D di dalamnya, dan buat penalaan secara halus sehingga bulatan oren sejajar dengan bulatan kelabu. Pastikan semua tali lain ditala seperti biasa, dan anda kini berada dalam penalaan Drop D!
- Pilihan kedua adalah menala Drop-D dengan telinga. Untuk melakukan ini, hanya petik tali E iaitu tali yang paling besar (tali keenam) dan tali D (tali ke-4) pada masa yang sama. Terus melakukan perkara ini sambil menurunkan pic tali E sehingga ia sepadan dengan pic tali D. Sekarang anda berada dalam penalaan Drop D!