Penala Mandolin

Pin
Menaikkan Nada
Menurunkan Nada
Tekan Main Petik satu Tali Me­nyamakan nada Kebenaran Diperlukan

Bagaimana menggunakan penala ini?

  • 1
    Klik pada butang ‘Main' (Press Play).

  • 2
    Klik ‘benarkan’ jika anda melihat tetingkap timbul meminta kebenaran untuk menggunakan mikrofon anda.

  • 3
    Petik tali yang anda ingin tala pada mandolin anda, kami mengesyorkan agar anda bermula dengan pasangan tali G3 terendah anda (iaitu yang paling hampir dengan anda semasa bermain). Laraskan setiap pic tali menggunakan pasak penala yang sepadan, dan ketatkan tali jika ia terlalu rendah dan longgarkan tali jika ia terlalu tinggi.

  • 4
    Teruskan memetik tali anda dan laraskan pasaknya sehingga bulatan oren pada alat penalaan sejajar dengan bulatan kelabu, apabila ia sepadan dengan bunyi tali, ini bermakna tali anda telah ditalakan dengan sempurna!

  • 5
    Sebaik sahaja anda memahami prosesnya, tala tali anda yang lain menggunakan kaedah yang sama.

  • 6
    Selamat menala!

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.

    Tala Mandolin Anda Mudah dengan OnlineMicTest:

    Anda mungkin pernah mendengar pepatah yang mengatakan “Pemain Mandolin menghabiskan separuh daripada masa mereka dengan penalaan, dan separuh lagi bermain di luar nada.” Walau bagaimanapun, kami berharap dengan menggunakan penala dalam talian kami yang berguna ini, anda boleh menala dengan yakin dan mudah, dan (kami berdoa) supaya anda dapat bermain mandolin anda pada nada yang betul dalam kebanyakan masa :)

    Bagaimanakah mandolin ditala?

    Mandolin mempunyai 8 tali, dengan tali bersebelahan biasanya ditala secara berpasangan. Penala kami ditetapkan kepada penalaan standard untuk mandolin, iaitu sama dengan penalaan biola: G3 D4 A4 E5 (dari tali terendah hingga tertinggi).

    Jika anda ingin mencuba mana-mana penalaan mandolin alternatif yang lain, anda boleh menggunakan pengesan pic kami untuk menala kepada sebarang not yang mungkin pada instrumen anda.

    Latar belakang Mandolin:

    Mandolin adalah keluarga kepada kecapi, yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu, dengan bentuk awal ditemui di Mesopotamia purba, Mesir, dan Greece. Mandolin moden pertama kali dihasilkan di Itali pada abad ke-18, di mana ia menjadi bunyi yang popular dalam muzik Baroque. Komposer Vivalidi menulis beberapa konserto untuk mandolin, dan Mozart serta Beethoven juga menampilkannya dalam opera mereka. Selama bertahun-tahun mandolin telah menjalani banyak adaptasi dan telah diterima pakai oleh pelbagai genre muzik yang berbeza,termasuk muzik rakyat Balkan dan Celtic, Choro Brazil, Fado Portugis, Estudiantina Mexico, serta Muzik rakyat Amerika dan Bluegrass.

    Apakah jenis mandolin yang berbeza?

    Terdapat pelbagai variasi mandolin yang berbeza di luar sana, semuanya disesuaikan dengan gaya permainan dan muzik yang berbeza. Beberapa jenis mandolin yang biasa adalah:

    Belakang bulat (Round Backed) atau Mandolin Neapolitan: Ini adalah jenis mandolin yang paling tradisional, instrumen ini adalah yang paling serupa dengan mandolin yang dibangunkan di Itali pada tahun 1700-an, ia mempunyai badan berbentuk air mata dengan bahagian belakang berbentuk mangkuk sepertimana nenek moyang mereka iaitu kecapi, dan ia sering dikaitkan dengan muzik klasik.

    Mandolin belakang rata (Flat-backed): jenis ini mempunyai badan berbentuk pir yang simetri dan lubang bunyi yang bujur. Ia digunakan dalam muzik di seluruh dunia, termasuk lagu rakyat Ireland, British, Filipina, Mexico dan Brazil. Cuba dengar lagu “Benzinho’' oleh pemain mandolin Brazil yang popular iaitu Jacob Do Bandolim, ini adalah contoh terbaik bagaimana mandolin belakang rata berbunyi.

    Mandolin Archtop yang boleh dikatakan sebagai sepupu kepada mandolin Eropah, dan biasanya dikaitkan dengan muzik rakyat dan bluegrass. Mula dibangunkan oleh syarikat instrumen AS Gibson pada akhir 1800-an, mereka mengambil banyak inspirasi reka bentuk mereka daripada biola, dengan bahagian atas dan belakang yang melengkung dan lebih dangkal daripada mandolin belakang bulat, ia menjadikan mandolin jenis ini lebih mudah dimainkan sewaktu berdiri (sesuai untuk keraian bluegrass!).

    Di antara banyak variasi mandolin, secara umumnya terdapat dua gaya berbeza iaitu Mandolin Archtop: gaya-A (A-style), yang mempunyai badan berbentuk pir yang simetri dan kepala ringkas, dan Mandolin Florentine atau gaya-F (F-style), yang lebih mahal yang mempunyai binaan bergulung di leher dan kepala serta bahagian berbucu tajam pada badan mereka.

    Apakah jenis mandolin yang terbaik untuk bermain ‘Bluegrass’?

    Terdapat banyak perdebatan dalam komuniti mandolin mengenai gaya mana yang lebih baik untuk bermain ‘Bluegrass’, mandolin gaya- A cenderung kepada nada yang lebih lunak, dan mandolin gaya-F menghasilkan bunyi yang lebih jelas dan kuat. Pemain mandolin sejati mungkin akan mengatakan bahawa gaya F adalah lebih tradisional, tetapi hakikatnya, kedua-dua gaya boleh digunakan dalam genre ini dan menambahkan kualiti tersendiri.

    Pada akhirnya jenis mandolin yang anda pilih untuk dimainkan bergantung kepada bunyi dan rupa yang sesuai dengan anda, jadi adalah baik sekiranya anda dapat mengunjungi beberapa kedai muzik tempatan di tempat anda dan mencuba beberapa jenis mandolin sebelum membelinya.

    Anda ada banyak instrument lain yang lari dari nada?

    Jangan risau, anda boleh lihat semua jenis penala instrumen kami.