Penala Violin

Pin
                   
Tekan Main Petik satu Tali Me­nyamakan nada Kebenaran Diperlukan

Bagaimana untuk menggunakan penala ini:

  • 1
    Klik pada butang 'Main' (Press Play).

  • 2
    Klik “benarkan” jika anda melihat tetingkap timbul meminta kebenaran bagi menggunakan mikrofon anda.

  • 3
    Petik/gesek tali violin yang ingin anda tala dan laraskan penalaan ke atas dan ke bawah dengan menggunakan penala halus pada biola anda sehingga not dalam bulatan kelabu adalah sama dengan bunyi tali yang anda ingin tala. Kebanyakan pemain biola lebih suka bermula dengan tali A semasa penalaan.

  • 4
    Jika tali yang anda petik memberikan not yang berbeza, maka gunakan pasak penala biola anda untuk menala dengan lembut ke not yang dikehendaki. Kemudian ulangi langkah 3 untuk memperhalusi bunyi tali ke not yang dikehendaki.

  • 5
    Sekarang, tala semua tali anda yang lain dengan mengikuti langkah 3 dan 4.

  • 6
    Setelah menala kesemua tali anda satu persatu, periksa kesemua tali sekali lagi, ini kerana sewaktu kita menala sesuatu tali, ada kemungkinan ia boleh menjejaskan penalaan tali yang lain.

  • 7
    Selamat menala!

Panduan Pencarisilapan:
Jika mikrofon telah diberikan akses tetapi anak panah masih tidak bergerak.
Lihat di bawah untuk beberapa penyelesaian yang mungkin:

  • Semak mikrofon anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Anda boleh menggunakan ujian pada halaman utama kami dan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan pencarisilapan masalah mikrofon di sini.
  • Jika mikrofon anda adalah mikrofon luaran (bermakna bukan mikrofon yang terbina dalam komputer anda) maka periksa sambungan mikrofon untuk memastikan ia telah disambungkan dengan kukuh ke input port USB anda.
  • Sesetengah mikrofon mempunyai mod “ HIDUP (ON)” / “MATI (OFF)”. Pastikan mikrofon anda ditetapkan kepada “ HIDUP (ON)”.
  • Semak untuk memastikan mikrofon anda tidak diredam. Untuk mendapatkan bantuan berkenaan masalah mikrofon dalam sistem pengoperasian (OS) yang berbeza, lihat bahagian "PANDUAN TEKNIKAL" kami di menu sebelah kiri.
  • Anda boleh cuba menggunakan penyemak imbas yang berbeza, seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox. Ujian kami mungkin tidak berfungsi dalam Safari.

    Lebih Lanjut Mengenai Halaman Ini:

    Ketahui lebih lanjut mengenai penalaan biola:

    1. Penalaan Menggunakan Penala: Kaedah paling mudah yang boleh digunakan untuk menala biola adalah dengan menggunakan penala. Ini dapat dilakukan sama ada dengan menggunakan klip penala kromatik, apl pada telefon anda atau apl penalaan berasaskan web (seperti yang dibincangkan di sini). Peranti-peranti ini dapat mengesan frekuensi bunyi yang dihasilkan oleh biola anda dan menunjukkan kepada anda samada ia berada dalam nada yang betul atau tidak. Penala-penala ini biasanya dicipta untuk penalaan biola standard (G, D, A, E), tetapi ada sesetengah yang turut menyokong penalaan alternatif.

    2. Penalaan Menggunakan Metronom Digital atau Garpu Penala: Metronom digital selalunya mempunyai pilihan untuk memainkan not tertentu, seperti not C tengah atau konsert A (440 Hz). Anda kemudiannya boleh menggunakan ini sebagai rujukan untuk menala tali anda dengan sewajarnya.

    3. Penalaan Melalui Telinga: Menala biola dengan telinga adalah cara tradisional yang selalu digunakan untuk menala biola; namun, kaedah ini memerlukan banyak pengalaman dan latihan telinga. Kaedah ini mungkin tidak begitu intuitif atau mudah untuk pemain baru. Disebabkan itu, mereka yang baru mula untuk bermain biola seharusnya menggunakan penala yang tepat untuk melatih telinga mereka untuk mendengar pic yang betul.

    Apakah kelebihan penalaan menggunakan perkakas dalam talian seperti ini, berbanding dengan penalaan menggunakan telinga?

    • Kelebihan utama penalaan dengan penala atau perkakas dalam talian adalah ia tidak memerlukan sebarang kemahiran atau latihan. Sesiapa sahaja boleh menggunakan penala untuk menala biola mereka dengan tepat ke pic yang betul dan terus bermain dengan segera. Aplikasi penala membolehkan anda menala dengan sempurna kerana ia menunjukkan kepada anda pelencongan bunyi yang tepat supaya anda boleh melaraskan biola anda dengan sewajarnya.

    • Penalaan melalui telinga pula memerlukan pengalaman dan latihan. Anda perlu menggunakan not rujukan dan menggunakan telinga anda untuk memadankan bunyi biola anda sehingga ia mempunyai bunyi sama (dan menyalun). Oleh kerana tidak ada cara yang tepat untuk mengukur perlencongan bunyi, anda mungkin tidak dapat menala biola anda dengan tepat jika anda tidak berpengalaman.

    Apakah penala halus dan adakah saya memerlukannya?

    Penala halus ialah skru kecil pada bahagian ekor biola yang membolehkan anda menala biola dengan tepat ke pic yang dikehendaki. Skru ini membuat pergerakan yang sangat kecil, jadi ia hanya boleh membuat pelarasan kecil dalam penalaan, tidak seperti pasak penala utama yang terdapat pada kepala instrumen. Jika anda ingin mempunyai kawalan yang lebih baik ke atas penalaan biola anda, penala halus adalah sebaiknya dimiliki.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka yang profesional tidak begitu gemar meletakkan penala halus pada biola mereka, kerana ia dapat memberatkan biola, dan menjadikannya lebih cenderung untuk menghasilkan nada sumbang (wolf tone), not palsu dan bunyi yang berdengung. Jadi ini terletak sepenuhnya pada pilihan peribadi masing-masing.

    Adakah terdapat penalaan alternatif untuk biola?

    Penalaan standard atau lazim untuk biola ialah G₃, D₄, A₄, E₅. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa penalaan alternatif dan yang kurang lazim yang mungkin anda temui:

    • AEAE = Penalaan ‘Fiddle’. Juga dikenali sebagai ‘Penalaan Silang (Cross Tuning)’.

    • FCGD = Penalaan Cajun. Ini adalah satu langkah ke bawah dari GDAE.

    • GDGD = Penalaan Geriji (Sawmill Tuning). Juga dikenali sebagai ‘G silang (Cross G)’.

    • GDGB = Penalaan G Terbuka (Open G Tuning).

    • GDAD = Dikenali sebagai ‘Gee-Dad’ (serupa dengan penalaan DADGAD pada gitar).

    • DDAD = Penalaan D terbuka (Open D). Juga dikenali sebagai ‘penalaan mati (Dead Man's Tuning) atau ‘Dee-Dad’.

    • ADAE = Penalaan Bes Tinggi. Juga dikenali sebagai ‘ Penalaan D lapuk (Old-Timey D)’.

    • AEAC♯ = Penalaan Black Mountain Rag. Juga dikenali sebagai ‘Penalaan Calico’ atau ‘Penalaan A Terbuka (Open A) Tuning’.


    Untuk menala sebarang tali kepada sebarang not yang anda kehendaki, gunakan peralatan pengesan pic kami.

    Bagaimana untuk menala dengan telinga?

    Proses penalaan dengan telinga dimulai dengan memeriksa samada pasak biola berfungsi dengan betul, tali telah disulam dengan betul (dan tidak tergelincir), dan jambatan biola diletakkan pada tempat yang betul, iaitu berserenjang dengan muka biola. Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut untuk menala biola anda dengan telinga:

    • Letakkan biola pada bahu anda sepertimana yang anda lakukan semasa bermain.

    • Gunakan tangan kanan untuk memainkan tali menggunakan busur, dan tangan kiri untuk melaraskan pasak penalaan.

    • Mula menala dengan tali A. Gunakan not rujukan daripada metronom, garpu tala atau instrumen lain.

    • Mainkan tali yang anda sedang tala, dan dengar not rujukan. Tala tali A anda mengikut rujukan sehingga ia menyalun dan mempunyai nada yang sempurna.

    • Jika tali benar-benar melencong dari nada yang sepatutnya, laraskan pasak bagi tali sehingga pic dibetulkan secara kasar, dan kemudian tala secara halus untuk mendapatkan nada yang lebih tepat. Laraskan pasak dengan lembut, kerana melaraskannya dengan kasar berkemungkinan akan memutuskan tali.

    • Sekarang, mainkan tali D dan A bersama-sama dengan busur anda, dan dengarkan dengan teliti. Jika ia kedengaran sumbang, anda perlu melaraskan pasak pada tali D sehingga ia selaras dengan tali A. Ia akan berbunyi seperti satu kord apabila ia dalam nada yang selaras.

    • Ulangi dua langkah di atas untuk tali G dan E sehingga semua tali dalam nada yang betul, dan kemudian semak semula untuk ketepatan.


    Masih keliru? Di sini ada satu video ringkas yang dapat membantu anda untuk melakukannya dengan betul.

    Menala dengan telinga merupakan kaedah terbaik untuk melatih telinga anda bagi memahami pic muzik. Biola merupakan antara instrumen yang paling sukar untuk ditalakan dengan telinga memandangkan ia tidak mempunyai fret, tetapi prosesnya adalah sangat memberikan kepuasan. Ini adalah sangat penting terutamanya jika anda bermain dalam band atau orkestra.

    Berapa kerap saya perlu menala biola saya?

    Sebaik-baiknya, anda seharusnya menala biola anda pada setiap kali sebelum anda memainkannya. Ini untuk memastikan anda akan bermain dalam pic yang sempurna dan memperbaiki rutin latihan anda juga.

    Tetapi seberapa kerap anda perlu menala sesuatu instrumen bergantung sepenuhnya pada suhu dan kelembapan sesuatu tempat dan juga bagaimana instrumen tersebut disimpan. Selain itu, kualiti binaan biola dan pasak penala juga boleh mempengaruhi jangka masa sesuatu instrumen itu boleh melencong dari nada yang sepatutnya.

    Apa yang perlu dilakukan jika pasak penala tergelincir?

    Antara sebab utama pasak penala boleh tergelincir adalah ruang yang terdapat di antara pasak dan lubang di mana pasak dimasukkan tidak lagi ketat seperti sepatutnya, ini menjadikan pasak sentiasa tergelincir sewaktu penalaan, lalu membuatkannya mustahil untuk dimainkan. Ini boleh berlaku jika terdapat perubahan pada suhu dan kelembapan iaitu proses yang berlaku secara beransur- ansur.

    Penyelesaian sementara bagi masalah ini adalah dengan menolak pasak sedikit ke dalam setiap kali anda menala instrumen anda, tetapi ini perlu diulang setiap kali anda menala dan akhirnya boleh merosakkan instrumen. Penyelesaian yang lebih baik adalah dengan menggunakan ‘penitis pasak (peg drops)’ yang dititiskan pada lubang pasak’.

    Ini akan meningkatkan geseran dan mengelakkan pasak dari tergelincir dan berkeriut. Sabun ketul juga boleh digesek pada pasak selepas mengeluarkannya dari biola, jika titisan pasak tidak ada di tangan.

    Walau bagaimanapun, tali yang dipasang secara tidak betul juga boleh menjadi punca mengapa pasak tergelincir. Dalam kes ini, anda harus memastikan bahawa tali telah disulam dan disendal dengan baik ke dalam pasak. Di sini terdapat satu video pendek yang menerangkan bagaimana untuk membaiki pasak yang tergelincir pada biola anda.